Senin, 10 Februari 2014
‘Pawang’ Sebar HIV Ditahan
Zurich – Polis Switzerland menahan seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘pawang’ selepas dia gagal menghadiri perbicaraan atas tuduhan menyebarkan HIV kepada 16 mangsa menggunakan jarum akupuntur.Jurucakap polis semalam berkata, mereka menyerbu rumah lelaki berusia 54 tahun itu selepas dia enggan keluar dari premisnya.“Tertuduh bersenjata sebilah pisau dan berkali-kali mengugut untuk bertindak ganas,” katanya.Jurucakap polis itu berkata, seorang wanita tidak dikenali bersama suspek turut ditahan.Lelaki terbabit dibebaskan dengan ikat jamin sejak Ogos tahun lalu. Perbicaraan sepatutnya bermula pada 6 Mac lalu, tetapi tidak dapat diteruskan apabila dia tidak hadir kelmarin.Kes itu menjadi perhatian selepas seorang pesakit di hospital di Berne menyiasat semula bagaimana dia dijangkiti virus maut itu. Pesakit terbabit kemudian mendapati dia mula dijangkiti HIV selepas mendapatkan rawatan akupuntur daripada suspek.Bagaimanapun, suspek mengaku tidak bersalah. Media melaporkan, majoriti mangsa adalah penuntut sebuah sekolah muzik yang dikendalikan oleh tertuduh. – Reuters
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar