Social Icons

Pages

Sabtu, 01 Februari 2014

AIRBUS A380 Kini Milik MAS Dengan Wajah Baru

Salam semua,


AIRBUS A380 Kini Milik MAS Dengan Wajah Baru

Tahniah kepada Malaysia Airlines (MAS) dengan pemilikan pesawat Airbus yang bakal mengubah halatuju syarikat gergasi itu. Pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines (MAS) selamat mendarat pada 3.40 petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang hari ini. Cuma penampilannya nampak agak berbeza dari segi corak pesawat atau “trademark” MAS sebelum ini yang menggunakan padanan warna merah, putih dan biru.
Ini bermakna MAS telah mengubah penjenamaan mereka agar nampak lebih segar dan gah dengan penampilan putih dan biru yang dipadankan dalam rekabentuk terkini logo dan lambang syarikat itu.
MAS telah menerima serahan pesawat pertama A380 itu, daripada enam yang ditempah, semalam dan kini menjadi pengendali kelapan pesawat penumpang itu. Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.
Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baharu pada Kelas Ekonomi. Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.
Menurut laporan Bloomberg awal minggu ini, tempat duduk kelas pertama MAS adalah lima inci lebih besar daripada Singapore Air. Ini bermakna penumpang MAS yang memilih tempat duduk itu akan mempunyai ruang yang lebih besar daripada tilam katil seorang, dengan tempat duduk sebesar 40×87 inci. [sumber]



Tidak ada komentar:

Posting Komentar