Kamis, 19 Desember 2013
Chong Wei Kena Selesaikan Masalah Peribadi Sebelum Ke Olimpik
Salam semua,
Chong Wei Kena Selesaikan Masalah Peribadi Sebelum Ke Olimpik
Majlis Sukan Negara (MSN) sedia membantu Datuk Lee Chong Wei mengatasi apa jua masalah peribadi yang dihadapinya bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu dapat membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik London bulan depan.
"Masalah-masalah peribadi seperti ini tidak dapat kita elakkan, saya berharap Chong Wei dapat menanganinya dengan sebaik mungkin," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong ketika mengulasmengenai bapa Chong Wei, Lee Ah Chai, 59, yang dilaporkan cuba membunuh diri pada Ahad.
Menurut Zolkples, beliau ada menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Chong Wei pagi Isnin meminta supaya menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah yang dihadapi itu.
"Saya juga menawarkan bantuan saya sekiranya diperlukan," kata Zolkples ketika ditemui pemberita pada Isnin.
"Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, Chong Wei mempunyaitanggungjawab yang besar terhadap keluarganya," katanya.
Chong Wei dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini walaupun membuat persediaan bagi Sukan Olimpik. - BERNAMA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar