Social Icons

Pages

Senin, 11 Agustus 2014

Taktik lama!!!! akhirnya diberkas

  • Taktik menyorok tak bawa tinjauanWanita warga Indonesia bersama bayi berusia tiga bulan antara yang ditahan awal pagi semalam.
< 1 / 1 >
SUBANG JAYA – Taktik sekumpulan warga asing bersembunyi dalam almari pakaian dan bawah katil kononnya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa tidak berjaya apabila kesemua mereka ditahan awal pagi, semalam.

Dalam serbuan bermula jam 2 pagi dan berakhir empat jam kemudian itu, seorang ibu yang mempunyai bayi lelaki berusia tiga bulan turut merayu supaya dia tidak dikenakan tindakan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kebanjiran warga asing mendiami rumah panjang disewakan seorang lelaki yang mempunyai status pemastautin tetap.

Hasil risikan, lima pegawai bersama 67 anggota penguatkuasa MPSJ dan Jabatan Imigresen Selangor menyerbu rumah terbabit yang terletak di Kampung Bukit Lanchong.
Seramai 79 warga asing menetap di kawasan tersebut diperiksa.

Daripada jumlah itu 59 daripadanya berusia lingkungan tiga bulan hingga 49 tahun didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

Jelasnya, seorang lelaki yang memegang status pemastautin tetap negara ini turut ditahan kerana disyaki menyewakan rumah kepada pendatang asing tanpa izin.

“Hasil soal siasat, majoriti yang ditahan bekerja sebagai buruh di kuari kawasan berhampiran,” katanya.

Tangkapan dibuat di bawah Seksyen (1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imegresen 1959/63.

Kesemua yang ditahan diserah kepada Jabatan Imigresen Selangor untuk tindakan lanjut.

sumber:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar